Kalau Dah Kaya
Tuesday, November 11th, 2008Kaya, itulah yang menjadi impian setiap manusia. Aku juga begitu. Bagaimana dengan orang yang sudah menjadi kaya? Apakah rancangan mereka? Aku sempat menyelami hati beberapa orang ini.
Abu, 19 tahun, pekerja am rendah Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
“Kalau aku sudah kaya, aku ingin menyertai perniagaan pasaran perbagai peringkat (multi-level marketing; MLM), supaya aku bertambah kaya!
Oh begitu….
Seman, 25, budak pejabat di sebuah syarikat insurans terkemuka di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
“Kalau aku dah kaya, akan aku beli saham² kompeni ni, biar aku pula jadi bos!
Okey, teruskan impian itu!
Roger (nama samaran), 34, juruanalisa makmal di sebuah kilang sabun, Pasir Gudang, Johor.
“Impian aku bila dah kaya adalah…. kejap ye aku fikir, ermmm…. ha, aku ingin berkahwin dengan artis remaja. Glamour aku nanti!
Semoga impian kau tercapai!
En. Bashir, 59, seorang peniaga minyak urut di pasar malam di sekitar Cheras, Kuala Lumpur.
“Pakcik tengok senario politik sekarang ni dah teruk. Masing² nak berkuasa. Rakyat terabai. Justeru itu, bila pakcik dah kaya, pakcik ingin terjun ke arena politik, bertanding di atas tiket parti bebas. Pakcik nak bela nasib rakyat jelata!
Murni sungguh impian pakcik itu!
Sherry (nama manja), 24, kerani akaun di firma guaman di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
“Bila I dah kaya, I ingin pergi ke Amerika Syarikat”
Oh, ingin sambung belajar kat sana ke?
“Bukan, I mahu cari Paris Hilton, lepas tu menjalinkan hubungan persahabatan dengannya. Sudah tentu I jadi terkenal di seluruh dunia J!”
La…. macam tu punya impian ada ka?
